Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah berapa kurun x update apa. Next, cerita pasal PASUM/Pusat Asasi Universiti Malaya. Kita direct ye cerita. Firstly, cara nak masuk? Result SPM kena mantap ah. Ramai gler dak straight A PLUS kat situ n mmg major situ penuh ngan straight A n almost straight. So, faham2 la apa perlu korg buat utk masuk sini. Silakan study! Oh btw, masa aku xde interview, x tau la skrang.
Next kalo dh masuk, korg akan dpt kolej kediaman 11. Dlm kolej kediaman 11, ada 4 block-2 lelaki, 2 perempuan. Fasiliti lain, dewan serbaguna, n cafe. Cafe serious murah n makanan boleh tahan. Mmg byk pelajar selain asasi yg dtg sini nak makan sbb murah. Nak jujur cerita, x yh expect tinggi. Bilik korg dpt kongsi 4 org n bilik tu AMAT KECIK. Jgn beria nak bawak barang hiasan bilik, x de makna nak muat kat dalam tu. So, harap bertabah. Bilik akan jadi mcm oven bila tengah hari, so mmg better bawak kipas sendiri. Panas dia tu x leh bwk bincang. Jadi silakan bawak baju yg nipis skit. Tempat ampaian ada sepanjang koridor, mesin basuh, dryer n khidmat dobi pon ada kat sini so x yh risau nak basuh baju mcm mana. Water dispenser jenis berbayar tp seriously byk kawan aku x tahan air tu. Dorg sakit tekak. so better beli air mineral sendiri. Dari tadi aku dok ngutuk, tp benda paling best kat sini ialah MESIN GEDEGANG! air semua murah! semua RM1!! so bila ko haus/teringin air pape time study, silakan beli. Murah bruh. And WIFI??? SERIOUS MANTOOPPP!! Laju nak mampuih. tgok anime/movie online x de loading2 screen. Aku siap layan full naruto n other anime without prob bruh. TGok anime boleh, jgn nak over sgt sampai x study(like me.. hehhee)
Next pasal tempat study. Aku sains hayat. Sini ada sains hayat n fizikal. N korg akan dibahagi ikut tarikh befday. so korg leh lah jumpa kembar2 korg kat sini. Sains hayat terbahagi 2 sama gak ngan fizikal. Sape yg lahir akhir2 bulan tu konfem hayat 2, sape lahir awal2 konfem hayat 1 (mcm aku, bulan 4 hayat 1).
Bagi yg x tau, Sains hayat tu apa? Sains hayat sama je mcm sains tulen. belajar Biologi, Chemistry, Physic, Mathematic (mcm addmath sebenarnya). Subjek teras- jati diri, basic computer/IT. tu je kot? Sains Fizikal lak dorg x de biologi tp ganti ngan programming n math (yg aku x ingat apa.. cari la blog lain)
Jadual kat sini, 8-5 straight ada kelas except 1-2 for lunch and solat. Ada la skit gap antara kelas itupun 10-15 min tapi kebanyakan lecturer x layan pon benda gap tu. Dorg still ajar until lecturer lain masuk. So tabahkan diri... Belajar mmg susah tapi lama2 nanti ok je sbb korg dh adapt ngan jadual yg sgt pack kat sini. Aku malas nak cerita pasal study sbb xde benda sgt. kerja korg study je. Nasihat aku, x yh beli buku. sbb mahal. Better guna lecture notes je. Lecture notes korg boleh beli copy kat kedai photostate di kolej kediaman korg. Serious x yh beli buku.
Oh lupa. Perjalanan dari kolej ke tempat study jauh giler BABI. Jadi silakn beli payung sbb nanti kena hujan. jalan tidak berbumbung ye. Sila bawa sunscreen, payung, etc. bonus kalo bawak kipas mini tu. so sambil jalan, rasa la angin sepoi2 kat muka. Bagi perempuan.. xyh nak solek sgt la. Make up korg konfem hancus sbb berpeluh nak dtg sini. Student x leh bwk kereta ye? n kemudahan bas tu mcm x de sbb sentiasa penuh ngan pelajar um yg lain. Jadi mmg xde pilihan, sila jalan kaki. Disini, anda dijamin kurus.
Cara nak berhibur disini? seperti korg tau, UM besar giler so boleh la joging/berbasikal/beriadah dan sebagainya. Byk je fasiliti sukan like padang, tempat renang(btol2 depan kolej). So silakan menjadi insan yg sihat. Minda cerdas dtg dari badan yg cergas. Mungkin sbb tu otak aku x cerdas... Mall semua sumpah dekat. Just naik bas, g la mana2. Aku lupa bas apa, xpe time orentasi nanti senior bgtau. Lrt paling dekat kerinchi n KL gateway kot? n mall paling best maybe Midvalley. tu mmg port aku.
Keseluruhannya, bagi aku. aku x minat sgt UM maybe sbb aku org kampung. Aku culture shock kat sini. Byk tol anak org kaya n aku rasa terhina.. Pergaulan sini pon aku x biasa sgt. So, aku jadi loner kat sini n depress... Actually sini ok je sbb ramai yg suka giler duduk sini tp aku antara golongan minoriti yg benci gila duduk sini. Aku x halang korg nak study kat sini sbb sini pembelajaran mmg tiptop, lecturer bagus, n korg senang diserap masuk for degree in UM if korg asasi UM. UM u bagus so mmg cerah masa depan masa kerja nanti. U terbaik Malaysia kan? But for me, its really not for me. Persaingan kat sini bg aku x sihat, n bagi sape2 yg dh biasa jadi pandai, jgn terperanjat kalo korg tiber rasa jadi paling bodoh kat sini. Tu perkara biasa.
Bagi yg takut, serious senang nak score, aku yg x study pon manage dpt result baik. Sem 1 4 flat, sem 2, 3.8 something? tp ok je la. Aku pon x phm sistem kira dia sbb aku rasa byk je soalan aku x jawab time exam. hahhahhaha.
Sekian, cukup ah tu pasal UM. cau.
For contact kalo nak tanya pape; ws me: 011-5162 6900
(Sbb aku jrg bukak email/blog. Jgn marah kalo aku lambat reply kat sini, so better nk tanya pape ws je aku)
Comments
Post a Comment