Cara memberus gigi yang betul

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Semua insan pasti tahu yg kita perlu memberus gigi sekurang-kurangnya 2x sehari. Tetapi, tahukah anda teknik yang betul untuk penjagaan yang sempurna?



Umum pasti mengetahui berus gigi adalah perkara wajib. Tetapi yakinkah anda teknik yg anda gunakan setiap hari itu tepat? Pertama sekali, pastikan berus gigi yang digunakan adalah lembut atau soft bristle agar tidak merosakkan gusi dan memastikan kebersihan gigi yg optimum terutama sekali di celah-celah gigi. Berus kasar membuatkan gusi meradang dan membolehkan gusi berdarah dan gusi semakin menjauhi gigi lantas mendedahkan permukaan sensitif gigi di mulut. Antara jenama yang dicadangkan ialah Colgate kerana jenama ini diiktiraf oleh seluruh dunia.



Kedua, pilihan jenama ubat gigi. Gunakan sedikit sahaja iaitu 1/3 berus gigi. Pastikan ubat gigi mempunyai fluoride atau sodium monofluorophosphate. Jenama yang dipercayai ramai iaitu colgate, darlie mempunyai bahan ini. Ini adalah satu bahan aktif bagi memastikan gigi anda bebas plak,karies dan karang gigi.



Apa itu plak, karies, karang gigi?

Plak ialah lapisan pertama di gigi yang boleh ditanggalkan dengan mudah jika kita memberus gigi. Plak terbentuk disebabkan bakteria yang berkumpul di permukaan gigi. Bakteria ini akan menghasilkan asid yang menipiskan permukaan gigi dan membuatkan mulut berbau. Asid yang dihasilkan ini juga boleh membuatkan gigi mudah sensitif pada makanan sejuk.


Karies pula ialah pembentukan lubang gigi atau perubahan warna di permukaan gigi yang disebabkan bakteria di plak gigi. Cara menghilangkan karies ialah segera merujuk ke klinik gigi dan selalunya doktor gigi akan melakukan khidmat tampalan dengan menggunakan amalgam atau composite.

Karang gigi pula ialah satu permukaan keras yang selalunya berwarna kuning dan coklat yang tidak dapat ditanggalkan dengan memberus gigi. Karang gigi hanya boleh dibuang dengan melakukan pembersihan atau bahasa lainnya scalling di klinik gigi. 



Seterusnya, pastikan berus gigi sekurang-kurangnya 2 minit. Ramai orang tidak mengamalkan kaedah ini dan membuatkan gigi mereka tidak bersih dengan sempurna. Antara cara yang boleh dipraktikkan ialah membawa jam semasa memberus gigi dan setkan jam sekurang-kurangnya 2 minit atau buka lagu yang berdurasi 2 minit agar anda tidak mempercepatkan proses pembersihan gigi.

Ada sesetengah orang yang paranoid atau takut dengan bakteria di gigi dan mengambil keputusan untuk memberus gigi setelah makan. Disini saya tegaskan, memberus gigi selepas makan amat tidak digalakkan. Tunggu sebentar sehingga 30 minit sebelum anda memberus gigi. Ini kerana, selepas makan, proses kimia semulajadi sedang berlaku di mulut untuk memastikan keadaan mulut kembali normal. Proses memberus gigi akan menghentikan proses kimia tersebut dan membuatkan lapisan gigi menipis. 

Jangan pula anda lupa dengan lidah. Lidah adalah antara tempat permbiakan bakteria dan boleh membuatkan mulut berbau. Jadi amatlah digalakkan anda membeli tongue scrapper atau pembersih lidah dipasaran. Sesetengah berus gigi juga mempunyai item ini di bahagian bawah berus. Jadi, pastikan anda tidak melupakan lidah ketika memberus gigi. 

Terakhir sekali, ini adalah perbuatan yang salah yang dilakukan oleh orang ramai iaitu berkumur selepas memberus gigi. Sebenarnya, cara yang terbaik adalah TIDAK berkumur selepas memberus gigi. Cukup dengan meludah sisa ubat gigi di mulut. Hal ini kerana bahan aktif di ubat gigi mampu menambahkan kembali lapisan mineral yang hilang dan mencegah gigi sensitif. Jika kita berkumur, kita tidak akan dapat kesan optimum dari ubat gigi tersebut. 

Sekian perkongsian saya pada hari ini. Harap membantu! Jagalah gigi demi senyuman yang sempurna




Comments